8,000 ORANG PENYUMBANG RM50 DICARI!!!
BERSAMA JIHAD BINA MASJID AL-ANSAR, TAMAN SAWIT BALUNG FASA 3, TAWAU, SABAH.
Sabah adalah negeri yang terdiri daripada pelbagai etnik dan minoriti, serta berbilang bangsa dan agama.
Tawau adalah sebuah kawasan di Sabah yang terdapat ramai saudara Islam yang dahaga ilmu Islam dan mahu syiarnya terus berkembang.
MasyaALLAH! Alangkah bagusnya kita dapat membantu mereka...
Taman Sawit Balung Fasa 3 yang terletak kira-kira 35 kilometer dari pekan Tawau mempunyai 200 buah rumah yang semuanya terdiri daripada keluarga muslim.
Oleh itu, menjadi keperluan sebuah masjid dibina di kawasan perumahan ini untuk kemudahan penduduknya menunaikan solat berjemaah, dan berkumpul untuk melakukan aktiviti keagaaman.
- Keadaan Masjid Al-Ansar yang sedang menjalani proses pembinaan fasa1 dan fasa 2.
Malah akan menjadi satu lagi pusat untuk berdakwah ajaran Islam kepada penduduk Sabah khususnya sekitar Tawau.
Malah kedudukan masjid yang berdekatan jalan utama dan kompleks penjaja akan memudahkan musafir dan peniaga menunaikan solat.
Alhamdulillah kita telah memudahkan urusan saudara Islam di sana jika menjadi sebahagian penyumbang.
- Masjid Al-Ansar ini bakal menjadi satu lagi kompleks dakwah di Tawau, Sabah.
Usaha membina sebuah Masjid Al-Ansar telah dijalankan sejak penghujung tahun 2018 yang menelan kos hampir RM1 juta.
Alhamdulillah fasa 1 dan fasa 2 Masjid Al-Ansar telah siap. Kini hanya berbaki fasa 3 yang memerlukan kos hanya RM400, 000 lagi untuk memboleh umat Islam di situ menggunakannya.
- Pembinaan Masjid Al-Ansar perlukan dana RM400, 000 lagi untuk siap sepenuhnya dan digunakan orang ramai di situ.
Pasti saudara kita ini akan gembira, dan banyak aktiviti memantapkan pegangan agama Islam dapat diteruskan.
Kita juga tahu, sekarang dunia sudah menghampiri akhir zaman. Berbuat baiklah kita, bersedekah untuk rumah-rumah ALLAH. Insha-ALLAH kita terselamat dunia dan akhirat.
Untuk makluman fasa 3 pembinaan Masjid Al-Ansar ini adalah untuk melengkapkan fasiliti seperti kipas angin, karpet, tandas, dewan serbaguna dan sebagainya untuk kemudahan dan keselesaan jemaah di situ.
- Masjid Al-Ansar memerlukan RM400, 000 lagi untuk melengkapkan fasiliti yang akan memberi keselesaan orang ramai beribadah serta melakukan aktiviti dakwah.
Masjid yang lengkap dengan kemudahan fasiliti ini pasti membuatkan lebih ramai orang berkunjung dan beribadah di sini, kerana selesa.
Justeru, marilah bersama bukan hanya membina masjid tetapi membina pusat dakwah serta menjana saham akhirat anda kelak!
"Sesungguhnya sedekah tidak akan membuat kita jatuh miskin, sebaliknya dengan bersedekah membantu kita mendapatkan pahala jariah berpanjangan"